Sunday 8 February 2015

SEJARAH SABAH

Sejarah Sabah boleh dijejaki semula pada kira-kira 23–30,000 tahun dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negeri ini.

Penduduk awal hidup berpuak-puak
Bahagian timur Sabah telah diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana membantu menewaskan musuh Brunei, namun banyak sumber mengatakan ianya tidak pernah diserahkan
SEHINGGA ABAD KE-19, Sabah menjadi naungan United Kingdom pada 1888 dan kemudiannya menjadi tanah jajahan mahkota sehingga tahun 1963, ketika itu ia dikenali sebagai Borneo Utara

ASAL USUL NAMA SABAH

Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang Saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng.
 Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.

1.SABAH(PADA ABAD KE-15)

2. BORNEO UTARA (1881, SEMASA PEMERINTAHAN SYARIKAT  BERPIAGAM BORNEO UTARA)

3. BERTUKAR KEPADA SABAH, PADA 1963, PEMBENTUKAN MALAYSIA


  • Nama 'Sabah' pertama kali digunakan oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina.
  •  Nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi.
  • Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika pembentukan Malaysia.


SEJARAH AWAL SABAH

 Sebelum abad ke-16, Sabah mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan sistem pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas.




Alfred Dent dan sewaan

BENDERA BORNEO UTARA
Akhirnya, Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan A.B. Mitford, seorang ahli politik kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak mereka kepada Alfred Dent. Maka dari situ, pada tahun 1878, tertubuhlah Syarikat Borneo Utara British (SBUB). SBUB menggelarkan Sabah sebagai "negeri di bawah bayu".
      Selain itu, SBUB juga berminat untuk menduduki bahagian timur laut Borneo Utara, yang mana ketika itu diperintah oleh Kesultanan Sulu. Oleh itu perjanjian bersama Sultan Sulu telah diadakan bagi mengambil wilayah tersebut. Sebagai balasan daripada pihak SBUB kepada Sultan Sulu, SBUB akan menyediakan bantuan pertahanan kepada Sultan bagi melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,000, nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas). Penyewaan ini berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, bersama-sama dengan Singapura,Sarawak dan Semenanjung Malaysia.


Syarikat Berpiagam Borneo Utara British
Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negeri naungan British di mana kerajaan British akan melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh British. Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo Utara telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah melalui satu sistem secara hairaki (tidak langsung). Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun begitu terdapat juga beberapa penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang Mat Salleh dari tahun 1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku Murut dalam tahun 1915.
W.C COWIE, PENGARAH URUSAN BERSAMA SULTAN SULU


 HAK ISTIMEWA PRIBUMI SABAH DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1963 DAN KEDUDUKAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG

·         Hak Istimewa Pribumi Sabah dinyatakan dalam Perkara 89 dan 90 bagi maksud perihal tanah dan Perkara 153 bagi maksud selain daripada perihal tanah.
  • Perkara 153 secara amnya memberi perlindungan dan keistimewaan kepada kaum Pribumi Sabah
  •  dari segi pekerjaan di sektor awam,
  •  biasiswa,
  •   pendidikan,
  • bantuan khas,
  • lesen peniagaan
  • permit perniagaan,
  •   Perkara 153(9A) memberi maksud kepada “Pribumi Sarawak dan Sabah” dengan merujuk kepada Perkara 160.



Perkara 161E. Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai Negeri Sabah
(1) Tiada pindaan boleh dibuat kepada Perlembagaan ini tanpa persetujuan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri Sabah atau Sarawak atau tiap-tiap satu daripada Negeri Sabah dan Sarawak yang berkenaan itu, jika pindaan itu ialah yang akan menyentuh perjalanan kuat kuasa Perlembagaan ini berkenaan dengan mana-mana perkara berikut:
(a) hak orang-orang yang lahir sebelum Hari Malaysia untuk menjadi  warganegara:
  • layanan sama rata
  • berkenaan dengan kewarganegaraan orang lain
  • orang lahir / bermastautin di negeri itu
  • orang lahir atau bermastautin di negeri Tanah Melayu


(b) keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan perlantikan, pemecatan dan penggantungan hakim-hakim mahkamah itu;

(c) perkara yang mengenainya Badan Perundangan Negeri boleh (atau Parlimen tidak boleh) membuat undang-undang, dan kuasa eksekutif Negeri itu dalam perkara itu, dan (setakat yang berhubungan dengan perkara itu) perkiraan kewangan antara Persekutuan dengan Negeri itu;

(d) agama di dalam negeri itu, penggunaan apa-apa bahasa di dalam Negeri itu atau di dalam Parlimen dan layanan istemewa bagi anak-anak negeri Negeri itu;

(e) peruntukan bagi Negeri itu, di dalam mana-mana Parlimen yang dipanggil bermesyuarat sebelum akhir bulan Ogos 1970, suatu kuota ahli-ahli Dewan Rakyat yang tidak kurang, mengikut perkadaran jumlah yang diuntukkan bagi Negeri-Negeri lain yang menjadi anggota Persekutuan pada Hari Malaysia, daripada kuota yang diuntukkan bagi Negeri itu pada Hari Malaysia.
(2) Tiada pindaan kepada Perlembagaan ini yang menyentuh perjalanan kuat kuasanya berkenaan dengan kuota ahli Dewan Rakyat yang diuntukkan bagi Negeri Sabah atau Sarawak boleh dikira bagi maksud Fasal (1) sebagai menyamakan atau mengasimilasikan kedudukan Negeri itu dengan kedudukan Negeri-Negeri Tanah Melayu.

(3) Berhubung dengan apa-apa hak dan kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah atau Sarawak berkenaan dengan kemasukan ke dalam Negeri itu dan kemastautinan di dalam Negeri itu dan perkara yang berkaitan dengannya (sama ada atau tidak undang-undang itu diluluskan sebelum Hari Malaysia), Fasal (2) hendaklah terpakai, kecuali setakat yang diperuntukkan sebaliknya oleh undang-undang itu, seolah-olah undang-undang itu telah termaktub dalam Perlembagaan ini dan hak dan kuasa itu telah dimasukkan antara perkara yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e) Fasal itu.

(4) Dalam Perkara ini "pindaan" termasuklah tambahan dan pemansuhan




No comments:

Post a Comment