SINOPSIS
- Antara tokoh pejuang yang lebih awal merintis perjuangan dalam Negeri Sabah.
- Telah tecatat dalam sejarah bahawa Datu Tating adalah merupakan seorang pahlawan Sulu yang digeruni oleh pihak British di Borneo Utara.
- Datu Tating adalah seorang datu di Raja dan berketurunan Sulu.
- Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latar belakang ibunya menunjukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan.
BIODATA
- Datu Tating merupakan anak kepada seorang Saudagar dari Tionghua yang berkahwin dengan Dayang Meria.
- Semenjak kanak-kanak lagi, telah tumbuh dibahagian umbun-umbun beliau seperti batu putih (batu granit) yang dikatakan “Tanduk Datu Tating”.
- Khabarnya, beliau ini kebal dari apa jua jenis senjata tajam.
- Beliau wafat setelah meminta isteri terakhirnya menarik tanduk atau batu putih tersebut dengan menggigitnya (ini adalah khabar yang mahsyur dalam kalangan keluarga Maharaja Adinda).
- Datu Tating ini dikatakan tiada anak atau zuriat.
- Keluarga Datu Tating sangat rapat hubungannya dengan keluarga Maharaja Adinda. Sebab itulah “Tanduk” beliau telah diamanahkan disimpan oleh keluarga Mharaja Adinda sehingga kini. (sesiapa yang berminat untuk melihatnya, bolehlah menghubungi Keluarga Mharaja Adinda yang berada di Semporna)
JALAN CERITA (KEJAYAAN & KESAN KEPADA SABAH & TOKOH PERJUANGAN YANG SETERUSNYA)
- Beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran British di Borneo dan Kepualauan Sulu.
- Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat di sana apabila beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina benteng dan gudang.
- Tetapi, apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata dihadapan pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun bermula. Tindakan John Robert seolah-olah tidak menghormati bangsanya.
- Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak gudang, pembersihan hutan dan pembinaan kubu.
- Sejurus itu, beliau pergi ke Pulau Banggi Dakula dan bekerjasama dengan sepupunya. Datu Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan suku Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan.
- Datu Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau Blambangan.
- Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 Jam.
- Aktiviti menentang British kemudiannya mula menular di beberapa bahagian termasuklah di Tampasuk, Teluk Marudu dan Relau.
No comments:
Post a Comment