Saturday, 7 February 2015

ANTANOM PAHLAWAN ANAK RIMBA BERJIWA BESAR





















(a) Latar belakang


  •  Nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom
  •  Ketua kaum Murut di Rundum
  •  Dilahirkan pada tahun 1875
  •  Ketika beliau berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya

(b) Faktor Penentangan


(i) Melarang Membuka Tanah Baru


- SBUB melarang mereka membuka tanah baru- Merasakan hak mereka diceroboh- Akibatnya mereka kekurangan beras


(ii) Mengenakan Cukai Yang Membebankan- Cukai kepala satu dolar setiap orang- Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar- Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen- Cukai tangkapan ikan besar- Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor


(iii) Menjadi Buruh Paksa

- Orang Murut dijadikan buruh paksa- Tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum


(iv) Menzalimi Keluarga- Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai- Mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung- Jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa


(v) Menceroboh Kawasan Hutan- SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan- Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu roh nenek moyang mereka

(c) Peristiwa Penentangan


- Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah mereka- Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan- Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB- Kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom   bertambah menjadi 900 orang- Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah- April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom- Pertempuran berlaku selama 6 minggu- Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum- Penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

(d) Kesan Penentangan


- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom- 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat- Pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau- SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
- Orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB

LAWATAN KE MEMORIAL PARK KUNDASANG















No comments:

Post a Comment