Saturday, 7 February 2015

Kejadian selepas merdeka

HARI MALAYSIA, 16 SEPTEMBER 1963


27 Mei 1961 

·   Dalam Persidangan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berucap ttng perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.

Ogos 1961

· Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo pertama diadakan di Sabah.
· Tujuan : menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai.

17 Jan 1962

· Pembentukan Suruhanjaya Cobbold.
· Tujuan : untuk meninjau pandangan penduduk Sabah.

Julai 1963

· Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil erajaan British Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura di Pejabat Penubuhan Komanwel di Malborough House, London.
· Brunei menolak cadangan penubuhan Malaysia.

31 Ogos 1963

· Persetujuan untuk menubuhkan Malaysia telah diperolehi. Walaubagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguh kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.

16 September
1963

· Perdana Menteri, YTM Tunkul Abdul Rahman Putra Al-Haj menandatangani watikah pemasyhuran Malaysia.
· Malaysia Akhirnya diisytiharkan.

17 September
1963

· Sambutan Hari Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.


























27 MEI 1961
17 JAN 1962

JULAI 1963

WATIKAH 16 SEPTEMBER 1963












17 SEPTEMBER 1963



KESAN POLITIK SABAH SELEPAS MERDEKA
·         Tahun 1964, Kaum Dusun meunubuhkan Parti Kebangsaan Pasok Momogun Bersatu.
·         Orang Cina menubuhkan Persatuan Cina Sabah (SCA)
·         SCA, UNKO, USNO bergabung menjadi Parti Perikatan Sabah dan berjaya memenangi pilihan raya peringkat Majlis Daerah.
·         Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) ditubuhkan oleh Haris Salleh pada tahun 1975.
·         Parti Bersatu Sabah (PBS) ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985.
·         Pada tahun 1989 ditubuhkan dua buah parti lagi iaitu Parti Rakyat Sabah (PRS) dan Angkatan Keadilan Sabah (AKAR)
KESAN EKONOMI SELEPAS MERDEKA DI SABAH
·      Sabah boleh dikatakan mempunyai keistimewaan berbanding dengan anggota persekutuan yang lain kerana mempunyai otonomi kawalan ke atas soal keewangan dan petadbiran yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri.
·      Menjelang kemerdekaan negeri Sabah dalam tahun 1963, negeri ini telahpun mencapai pertumbuhan ekonomi perdagangan yang pesat terutamanya sektor pertanian ladang, dan perusahaan pembalakan.
·      Sektor perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan juga turut berkembang di kawasan-kawasan bandar dan pelabuhan seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Kudat.
·      Pembinaan prasarana pembangunan seperti jalan raya, jalan kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negeri Sabah.
·      Namun, struktur ekonomi sabah masih bersifat dualistik terutamanya di kawasan bandar dan luar bandar dan juga didalam sektor pertanian itu sendiri. Dualisme ekonomi yang menjadi ciri penting ekonomi Sabah dalam tempoh tersebut tidak memberikan ruang kepada pembangunan ekonomi Bumiputera.
·      Untuk mencapai matlamat pembangunan jangka panjang, Kerajaan Negeri telah menggariskan 4 objektif utama pembangunan Enam Tahun Negeri Sabah ;
                                   i.              Mencapai pertubuhan ekonomi negeri yang berterusan selaras dengan keperluan dan keupayaan tenaga manusia yang ada.
                                 ii.              Mengguna dan mengusahakan egala sumber-sumber manusia setakat yang boleh melalui peningkatan peluang-peluang pelajaran dan latihan untuk mendapatkan kehidupan yang moden untuk memenuhi keperluan tenaga buruh dalam negeri.
                                iii.              Menyediakan kemudahan-kemudahan sosial dan peluang untuk menceburi kegiatan ekonomi moden dengan penggunaan sumber-sumber yang ada.
                               iv.              Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dan sosial dengan cara memperbaiki taraf hidup dan kebajikan penduduk yang paling mundur dan jauh ketinggalan.
·         Proses-proses tersebut telah melahirkan elit-elit ekonomi Bumiputera yang kebanyakannya terdiri dari golongan ahli politik dan juga yang memperolehi kedudukan yang baik dalam sektor kerajaan kesan dari perkembangan sistem pendidikan ketika itu.

KESAN SOSIAL SELEPAS MERDEKA DI SABAH
·         Visi dalam menuju negara maju tahun 2020, telah memberi impak yang besar kepada corak dan pembangunan sosial bagi penduduk negeri Sabah.
·         Matlamat murni melalui program-program pembangunan negeri bagi membangunkan taraf hidup masyarakat yang pelbagai suku kaum di bumi yang bertuah ini telah memberi konotasi yang berlainan.
·         Gaya hidup masyarakat luar bandar semakin membangun selaras dengan peningkatan gaya hidup moden.



KESAN POLITIK SEMASA SABAH
·         Sebagai sebuah negeri di Persekutuan Malaysia, Sabah mengamalkan sistem demokrasi . Pilihan Raya umum diadakan setiap lima tahun untuk memilih kedua-dua wakil negeri dan wakil negara.
·         Kerajaan negeri sekarang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) sebuah parti campuran yang teridri daripada pelbagai parti etnik utama.
·         Dewan Undangan Negeri sekarang didominasikan oleh Barisan Nasional dengan cuma satu kerusi pembangkang sahaja yang dipegang oleh calon bebas kerana kemenangan BN terjamin dan juga sebab mereka tidak percaya kepada parti-parti pembangkang, kebanyakannya tidak begitu aktif sebelum pilihan raya.
       YAB Datuk Seri Musa Haji Aman


KESAN EKONOMI SELEPAS MERDEKA DI SABAH

·         Kekayaan ekonomi sabah menarik minat syarikat-syarikat dalam dan luar negara.
·         Infrastruktur dan pembangunan dalam kawasan bandar mahupun luar bandar di sekitar sabah semakin meningkat.
·         Sektor perladangan di Sabah juga semakin mebangun dan kebanyakkannya dimiliki oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang besar.










Komunis selepas merdeka

Ø  Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 

    Mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 23
orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad DatuSabah pada 1
1 Februari 2013.
 Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.
  Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian
 timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan
lPasukan pasukan keselamatan Malaysia telah mengepung Kampung Tanduo di Lahad Datu yang menjadi  tempat mereka berkumpul, manakala perundingan secara aman yang telah dilakukan. 

Rusuhan kaum

Ø   Apa yang berlaku selepas sebuah pemerintahan politik berakhir?

  Selepas berkhidmat selama dua penggal sebagai kerajaan Sabah,Parti Berjaya yang diketuai oleh parti
 Barisan Nasional (BN) telah digulingkan oleh pendatang baru iaitu Parti Bersatu Sabah, dengan kerjasama
 Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu.
  Pada malam 1985, apabila pilihanraya peringkat negeri diumumkan, gabungan rahsia antara PBS dan USNO 
telah berkecai dan telah membawa kepada sebuah pertarungan kuasa yang berlaku di Istana kerajaan negeri.
 Ini akan menjadi sebuah contoh kepada demonstrasi yang berlaku pada tahun berikutnya. Sebuah kejadian 
yang jarang dibincangkan hari ini.
  Pada 12 Mac, tujuh bahan letupan plastik telah diletupkan di Kota Kinabalu. Satu bom turut diletupkan di 
Tawau. Rusuhan itu telah mengakibatkan 5 kematian.
  Rusuhan Sabah 1986 berlaku di antara Mac dan Mei di beberapa lokasi seluruh negeri Sabah, Malaysia.
 Rusuhan itu tertumpu di Kota Kinabalu, dan juga bandar Tawau dan Sandakan.
Rusuhan itu terjadi berikutan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah, 1985, di mana Parti Bersatu Sabah 
(PBS) yang baru sahaja ditubuhkan telah menang, dan menjatuhkan parti BERJAYA dari tampuk pemerintahan.

No comments:

Post a Comment