Saturday 7 February 2015

MAT SATOR

Biodata :
  • Pemimpin suku Kadazandusun di Tambunan
  • Orang Kanan Mat Salleh
  • Ketua Leftenan

Sumbangan :

  • Tokoh perjuangan yang bersama Mat Salleh dalam memperjuangkan hak-hak mereka serta menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah
Halangan :
  • Kedatangan pihak SBUB iaitu pihak penjajah
Kejayaan :
  • Dapat menyerang Inggeris di Kudat pada April 1900 bersama Mat Daud
  • Mendirikan kubu
KesankepadanegeriSabah :
  • Mat Sator serta Mat Salleh diserang balik dan Sabah kehilangan tokoh ataupun seorang pahlawan
Jalancerita :

Mat Sator adalah merupakan pengikut ataupun orang kanan dan juga Ketua Leftenan Mat Salleh yang bertanggungjawab melindungi Kota Mat Salleh di Tibabar. Beliau juga seorang pemimpin suku kadazandusun di Tambunan.Mat Sator mempunyai kubu ataupun yang dikenali sebagai Kota Mat Sator yang terletak di Kg. Kapayan Lama, Tambunan yang terletak juga berdekatan dengan Kota Mat Salleh di Tibabar. Seperti yang sedia maklum, Kota ini adalah kubu kedua terbaik di antara kubu yang pernah didirikan oleh Mat Salleh. Kedudukan Kota ini dikatakan strategik kerana terletak di tebing sungai Sunsoron yang membekalkan sumber air.Kota ini merupakan fungsi utama sebagai pusat tinjauan dan singgahsana isteri Mat Salleh tetapi Kota Mat Sator telah jatuh ke tangan British pada 21 Januari 1900. Walaupun Kota itu telah musnah namun Mat Sator serta beberapa pengikut beliau sempat melarikandiri melalui tebing Sungai Sunsuron.Oleh yang demikian, Mat Sator bersama Mat Daud dapat menyerang Inggeris di Kudat pada April 1900.Namun, pada Julai 1902, British Berjaya menanamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya dan memberi kesan yang mendalam juga terhadap Sabah.


4 comments: