Sunday 8 February 2015

SEJARAH SABAH

Sejarah Sabah boleh dijejaki semula pada kira-kira 23–30,000 tahun dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negeri ini.

Penduduk awal hidup berpuak-puak
Bahagian timur Sabah telah diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana membantu menewaskan musuh Brunei, namun banyak sumber mengatakan ianya tidak pernah diserahkan
SEHINGGA ABAD KE-19, Sabah menjadi naungan United Kingdom pada 1888 dan kemudiannya menjadi tanah jajahan mahkota sehingga tahun 1963, ketika itu ia dikenali sebagai Borneo Utara

ASAL USUL NAMA SABAH

Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang Saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng.
 Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.

1.SABAH(PADA ABAD KE-15)

2. BORNEO UTARA (1881, SEMASA PEMERINTAHAN SYARIKAT  BERPIAGAM BORNEO UTARA)

3. BERTUKAR KEPADA SABAH, PADA 1963, PEMBENTUKAN MALAYSIA


  • Nama 'Sabah' pertama kali digunakan oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina.
  •  Nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi.
  • Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika pembentukan Malaysia.


SEJARAH AWAL SABAH

 Sebelum abad ke-16, Sabah mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan sistem pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas.




Alfred Dent dan sewaan

BENDERA BORNEO UTARA
Akhirnya, Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan A.B. Mitford, seorang ahli politik kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak mereka kepada Alfred Dent. Maka dari situ, pada tahun 1878, tertubuhlah Syarikat Borneo Utara British (SBUB). SBUB menggelarkan Sabah sebagai "negeri di bawah bayu".
      Selain itu, SBUB juga berminat untuk menduduki bahagian timur laut Borneo Utara, yang mana ketika itu diperintah oleh Kesultanan Sulu. Oleh itu perjanjian bersama Sultan Sulu telah diadakan bagi mengambil wilayah tersebut. Sebagai balasan daripada pihak SBUB kepada Sultan Sulu, SBUB akan menyediakan bantuan pertahanan kepada Sultan bagi melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,000, nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas). Penyewaan ini berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, bersama-sama dengan Singapura,Sarawak dan Semenanjung Malaysia.


Syarikat Berpiagam Borneo Utara British
Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negeri naungan British di mana kerajaan British akan melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh British. Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo Utara telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah melalui satu sistem secara hairaki (tidak langsung). Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun begitu terdapat juga beberapa penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang Mat Salleh dari tahun 1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku Murut dalam tahun 1915.
W.C COWIE, PENGARAH URUSAN BERSAMA SULTAN SULU


 HAK ISTIMEWA PRIBUMI SABAH DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1963 DAN KEDUDUKAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG

·         Hak Istimewa Pribumi Sabah dinyatakan dalam Perkara 89 dan 90 bagi maksud perihal tanah dan Perkara 153 bagi maksud selain daripada perihal tanah.
  • Perkara 153 secara amnya memberi perlindungan dan keistimewaan kepada kaum Pribumi Sabah
  •  dari segi pekerjaan di sektor awam,
  •  biasiswa,
  •   pendidikan,
  • bantuan khas,
  • lesen peniagaan
  • permit perniagaan,
  •   Perkara 153(9A) memberi maksud kepada “Pribumi Sarawak dan Sabah” dengan merujuk kepada Perkara 160.



Perkara 161E. Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai Negeri Sabah
(1) Tiada pindaan boleh dibuat kepada Perlembagaan ini tanpa persetujuan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri Sabah atau Sarawak atau tiap-tiap satu daripada Negeri Sabah dan Sarawak yang berkenaan itu, jika pindaan itu ialah yang akan menyentuh perjalanan kuat kuasa Perlembagaan ini berkenaan dengan mana-mana perkara berikut:
(a) hak orang-orang yang lahir sebelum Hari Malaysia untuk menjadi  warganegara:
  • layanan sama rata
  • berkenaan dengan kewarganegaraan orang lain
  • orang lahir / bermastautin di negeri itu
  • orang lahir atau bermastautin di negeri Tanah Melayu


(b) keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan perlantikan, pemecatan dan penggantungan hakim-hakim mahkamah itu;

(c) perkara yang mengenainya Badan Perundangan Negeri boleh (atau Parlimen tidak boleh) membuat undang-undang, dan kuasa eksekutif Negeri itu dalam perkara itu, dan (setakat yang berhubungan dengan perkara itu) perkiraan kewangan antara Persekutuan dengan Negeri itu;

(d) agama di dalam negeri itu, penggunaan apa-apa bahasa di dalam Negeri itu atau di dalam Parlimen dan layanan istemewa bagi anak-anak negeri Negeri itu;

(e) peruntukan bagi Negeri itu, di dalam mana-mana Parlimen yang dipanggil bermesyuarat sebelum akhir bulan Ogos 1970, suatu kuota ahli-ahli Dewan Rakyat yang tidak kurang, mengikut perkadaran jumlah yang diuntukkan bagi Negeri-Negeri lain yang menjadi anggota Persekutuan pada Hari Malaysia, daripada kuota yang diuntukkan bagi Negeri itu pada Hari Malaysia.
(2) Tiada pindaan kepada Perlembagaan ini yang menyentuh perjalanan kuat kuasanya berkenaan dengan kuota ahli Dewan Rakyat yang diuntukkan bagi Negeri Sabah atau Sarawak boleh dikira bagi maksud Fasal (1) sebagai menyamakan atau mengasimilasikan kedudukan Negeri itu dengan kedudukan Negeri-Negeri Tanah Melayu.

(3) Berhubung dengan apa-apa hak dan kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah atau Sarawak berkenaan dengan kemasukan ke dalam Negeri itu dan kemastautinan di dalam Negeri itu dan perkara yang berkaitan dengannya (sama ada atau tidak undang-undang itu diluluskan sebelum Hari Malaysia), Fasal (2) hendaklah terpakai, kecuali setakat yang diperuntukkan sebaliknya oleh undang-undang itu, seolah-olah undang-undang itu telah termaktub dalam Perlembagaan ini dan hak dan kuasa itu telah dimasukkan antara perkara yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e) Fasal itu.

(4) Dalam Perkara ini "pindaan" termasuklah tambahan dan pemansuhan




Saturday 7 February 2015

PENJAJAHAN JEPUN DI BORNEO SEBELUM MERDEKA

·         Pada 1hb Januari 1942, tentera Jepun mendarat di Pulau Labuan. Matlamatnya untuk menakluk Borneo Utara dicapai dengan pantas.
·          Pada 16hb Mei 1942, secara keseluruhannya negeri ini jatuh ke tangan Jepun. Di bawah pentadbiran Jepun, ia dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian Persisiran Pantai Barat termasuk pendalaman dan bandar Kudat dinamakan Sheikai Shiu dan bahagian Persisiran Pantai Timur dinamakan Tokai Shiu.
·         Pendudukan ini ditentang oleh kumpulan-kumpulan guerila. Antara penentangan yang dilakukan adalah Guerila Kinabalu yang diterajui Albert Kwok di Persisiran Pantai Barat dan satu lagi dipimpin Datu Mustapha pada bahagian utara.
·         Gerila Kinabalu terhapus dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Kwok dan ahli-ahli sekutunya di Petagas pada tarikh 21hb Januari 1944.
·         Pembebasan daripada cengkaman Jepun bermula pada 9hb Jun 1945 apabila Divisi Kuasa Imperial Australia ke-9 menyerang kedudukan Jepun di Labuan.
·         Perang yang berlaku di Borneo Utara tamat dengan penyerahan kalah rasmi oleh:
ü  Leftenen Jeneral Masao Baba di Pulau Labuan pada 10hb September 1945,
ü  Kolonel Elimus di Papar pada 15hb September 1945
ü   Majer Akashi di Beaufort pada 17hb September 1945.

ü   Ini merupakan hasil pengeboman bersama Pasukan Perikatan (Australia, British,Amerika Syarikat dan New Zealand) yang dalam prosesnya juga memusnahkan bandar-bandar Sandakan, Jesselton dan Labuan.

PROSES KEMERDEKAAN

1.   Sebelum Sabah mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman telah membuat pengumuman di Singapura pada tahun 1961 yang telah dihadiri oleh Gabenor Sarawak, Borneo Utara dan Pesuruhjaya Brunei dengan mengadakan perbincangan dengan Pesurujaya Agong British. Walaubagaimnapun tidak ada sebarang persetujuan muktamad dicapai. Hanya satu kenyataan bersama telah dikeluarkan dimana negeri-negeri tanah jajajahan Inggeris itu telah meganjurkan kerjasama yang lebih rapat antara negeri-negeri Borneo sebelum membuat sebarang langkah untuk menyertai Perseketuan Malaysia.

2.    Setelah perbincangan itu, Jawatankuasa Perpaduan dan Perundingan (MSCC) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1961 ekoran dari Persidangan Persatuan Parlimen Serantau. Keanggotaan Jawatankuasa ini terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Donald Stephens. Terma rujukan Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

  • Untuk mendapatkan pandangan-pandangan dari negeri-negeri yang berpotensi tentang cadangan Malaysia untuk menubuhkan Malaysia.
  •      Menyebarkan penerangan tentang gagasan Malaysia.
  •    Inisiatif dan galakan untuk bertukar-tukar pandangan tentang gagasan Malaysia.
  •    Menggalakkan beberapa aktiviti yang dapat membantu pembentukan Perseketuan Malaysia


3.   Setelah tercapainya persefahaman antara negeri-negeri ketika itu, Kerajaan British telah mengundang Tunku Abdul Rahman untuk membincang dengan lebih mendalam serta menyediakan jalan perundingan denga negara-negara Borneo. Rumusan dalam perbincangan di London itu jelas menunjukkan bahawa gagasan Malaysia telah mulai mendapat dokongan dari negeri-negeri Borneo. Walaubagaimanapun, pendapat rakyat hendaklah diambil kira. Mesyuarat tersebut juga bersetuju bahawa pandangan-pandangan Sultan Brunei adalah mustahak dan mesti diambil kira.

4.   Setelah itu, pada Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold telah ditubuhkan bagi mendapatkan respons dari rakyat Borneo Utara dan Sabah. Keanggotaanya terdiri dari lima orang pegawai dengan tiga pegawai-pegawai British dan dua orang pegawai Malaysia.

Fungsi utama Jawatankuasa Cobbold adalah untuk mendapatkan referendum rakyat di Borneo Utara dan Sarawak tentang idea pemebentukan negara Malaysia. Jawatankusa Cobbold telah mencadangkan perkara-perkara berikut:

  •                                                     Perlembagaan baru negara hendaklah berasaskan perlembagaan Tanah Melayu  ada.
  •                                                    Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara.
  •                                                  Penguatkuasaan kuasa imigresen oleh Kerajaan Perseketuan adalah bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri.
  •                                                  Proses Pemborneoan boleh dilaksanakan tetapi pegawai-pegawai Inggeris masih boleh memegang jawatan perkhidmatan awam sehingga ada anak tempatan yang layak.
  •                                                   Kebebasan agama dijamin dan tidak menjadikan satu-satu agama sebagai agama rasmi di negeri-negeri tersebut


5.   Lanjutan daripada cadangan pembentukan Malaysia ini, wujud kesedaran politik dan sekali gus menyebabkan munculnya parti-parti politik di Sabah.


Parti politik yang ditubuhkan adalah ;


Nama Parti ;
Ditubuhkan oleh ;
Sebab ;
Parti United Kadazan Organization (UNKO)
Donald Stephens, Peter Mojuntin, Herman Luping, Ganie Gilong dan G.S Sundang
Ø menyatupadukan rakyat Kadazan/Dusun dan Murut.
Ø untuk memperkuatkan perhubungan di antara orang-orang Kadazan/Dusun.
Ø bertujuan untuk menggalakkan semangat orang Kadazan dan Dusun supaya bersatu dan tidak mudah mengalah kepada orang lain.
United Sabah National Organization (USNO)
Tun Datu Mustapha, Datuk Hj.Zakaria Gunn, Datuk Ahmad Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Datuk Hj. Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik dan Datu K.M Edinin  pada 23 Disember 1961
Ø hasil daripada kesedaran orang-orang Melayu Islam
Ø menyokong gagasan Malaysia kerana ia dapat menjamin perkembangan ekonomi dan kestabilan politik Sabah
United National Pasok-Momugun Organization (PASOK-MOMUGUN) ; (PEOPLE OF THE COUNTRY)
Dianggotai oleh suku-suku bumiputera dari kawasan pedalaman Sabah; G.S. Sundang pada 4 Januari 1962 
Ø untuk melindungi hak kaum Bumiputera di kawasan pedalaman dan di sokong oleh segelintir orang Cina yang bimbang tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai Malaysia.
Ø Pada dasarnya, menentang penubuhan Malaysia kerana kebimbangan terhadap dominasi Melayu Islam.
Ø Namun, akhirnya Peter Chin dan Khoo Siak Chiew menerima pembentukan gagasan Malaysia apabila mereka sedar bahawa gagasan itu pasti akan menjadi kenyataan.
Ø bantuan kewangan kepada Posok-Momogun pun dihentikan dan G.S.Sundang di tinggalkan dengan sikap anti Malaysianya.
Ø Akhirnya, pada November 1962, Pasok Momogun menyertai Parti Perikatan Sabah sebagai salah satu komponen parti yang menyokong Malaysia.
Parti Perikatan Sabah
Dianggotai oleh UNKO,USNO,SANAP dan PM
Ø mewujudkan satu perpaduan untuk menyokong penubuhan gagasan Malaysia
Ø Berlaku ketegangan
Ø akibat ancaman Filipina yang menuntut Sabah dan Konfrontasi Indonesia, persengketaan ini terpaksa di lupakan demi kepentingan dan kemerdekaan Sabah
Ø Namun ia tidak dapat bertahan lama kerana terpaksa tunduk kepada kehendak masing-masing yang sentiasa wujud curiga mencurigai yang kurang percaya kepada parti-parti lain
Kerajaan Perikatan 1962-1967

Ø membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya secara langsung menerusi ”Residency Electoral Colleges”
Ø British dan semua ahli perikatan bersetuju untuk memilih Donald Stephens sebagai Ketua Menteri
Ø  mengurangkan ketegangan antara bumiputera Islam dan bukan Islam
Ø Disember 1967, UPKO di bubarkan
Ø USNO menguasai Sabah semula
Ø Donald Stephens di lantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia.
Ø ketiadaan Donald Stephens dalam politik Sabah telah meredahkan suasana ketegangan politik Sabah dan Sabah dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembangunan negeri Sabah
Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)

Ø Di bincangkan berdasarkan hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur pada tahun-tahun akhir pemerintahan Perikatan Sabah
Ø Namun, apabila Tun Mustapha sudah menjadi semakin kuat dan terlalu berkuasa, hubungan baik ini semakin renggang.
Ø Hubungan antara Kerajaan USNO-SCA dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin tegang apabila Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, meminta dan menyokong supaya di bentuk satu parti baru yang lebih berbentuk multi-racial iaitu pelbagai corak bangsa di Sabah untuk menentang Tun Mustapha dan USNO.
Ø BERJAYA ialah, parti yang merupakan parti pertama yang betul-betul bersifat multiracial yang di tubuhkan di Sabah sejak negeri mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963
Ø Kemunculan Parti BERJAYA ini telah di sambut baik oleh segenap masyarakat yang cintakan demokrasi.
Ø Parti BERJAYA memenangi pilihanraya negeri dalam bulan April.
Parti Bersatu Sabah (PBS)

Ø membentuk kerajaan baru
Ø Datuk Jospeh Pairin Kitingan sebagai presiden
Ø Namun Parti Berjaya ini jatuh dan Sabah terdedah semula kepada politik yang bersifat perkauman


        Kesimpulannya disini, meyatakan perkembangan politik Sabah berlaku begitu rancak sekali selepas gagasan Malaysia di tubuhkan. Gagasan Malaysia di umumkan tidak wujud parti politik yang lebih radikal tetapi pengumuman gagasan Malaysia ini telah di jadikan landasan oleh pemimpin dan rakyat Sabah untuk membuka mata tentang pentingnya satu kesatuan politik untuk memperjuangkan hak rakyat dan memberi kemerdekaan kepada Sabah.

        Keseluruhannya, pada jam 12;00 tengah malam tanggal 15 September 1963, hagemoni British di Sabah yang deketuai Sir William Goode berakhir apabila bendera British secara rasminya diturunkan dan pengistiharaan Proklamasi Kemerdekaan Sabah melalui Malaysia disempurnakan pada 16 September 1963 oleh Tun Fuad Stephens iaitu Ketua Menteri Sabah yag Pertama dan disaksikan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun iaitu Yang di-Pertua Negeri Sabah Pertama dan wakil Kerajaan Persekutuan iaitu Tun Abdul Razak di padang Pekan Kota kinabalu.

        Dalam penyatuan ini,  integrasi ekonomi diperkenalkan yang berisi mengenai dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan juga lain-lain. Serta penyatuan fahaman politik iaitu merupakan salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik antara kaum dan juga Pindaan Akta Hasutan dikeluarkan bagi membolehkan dua perkara sensitif tidak  dibincangkan secara umum, iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Akhir sekali ialah Aspek-aspek Sosial iaitu pengenalan dan penerapan dasar sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Kebudayaan kebangsaan dan lain-lain.